Monday, September 30, 2013

Masalah Komputer selalu Restart Tiba-Tiba.

Salam Sejahtera,

Berpandukan pada tajuk, Komputer tiba-tiba restart, Atau tetiba off jer, pas tu kena on smula secara manual. Itupun kekdang selepas setengah jam atau lebih.

Wak harap bila korang mengalami masalah cam gini, klau boleh jangan dok asik on jer walaupun selepas setengah jam tu dia boleh on selepas dia off secara tiba2..

Bukan apa, kalau dok paksa jer wat benda ni berkali2, yang rosak sikit jadi rosak banyak, yang kena charge sikit last2 kena charge banyak.

Apa punca keadaan ini?
Ada 2,3 kes atau punca perkara ni boleh berlaku.
Tapi bagi wak fokus utama dia kerana microprosessor chip terlampau panas, atau over heating. Sebenarnya ada satu komponen pada mother board untuk mengawal suhu kepanasan ni, cuma komponen dia berbeza ngan yg terdapat dlm heater air dan mana2 heater. Macam heater air kat rumah tu contohnya, bila dia capai suhu tertentu, dia akan cutoff karen dan bila capai sejuk pada peringkat yg ditetapkan dia akan berfungsi serta mengalirkan arus elektrik semula, tapi pada mother board komputer tidak berlaku mcm tu.

Bila capai tahap kepanasan yang ditetapkan, dia akan cutoff arus kuasa pada mother board tersebut.
Jadi penciptaan mother board komputer ni mempunyai tahap keselamatan yg baik.
Seandainya sistem ni gagal berfungsi, maka tidak mustahil laptop atau pc desktop korang bleh kebambommm..meletop la toq.. Tak psal2 lau korang tengah guna tu dia meletop, alamak..berasap la kepala toq.. Ishhh..mintak dijauhkan lah yer..

So bila masalah pc/lappy korang tetiba jer off sndiri, pastu bleh on smula selepas setengah jam atau lebih kemudian guna x sampai sejam tetiba off plak, wak harap korang jangan paksa guna lagi.

Memang ada sistem cutoff ni, walaupun board tak berasap atau meletop, cuma yang menambahkan penyakit atau kos bila harddisk ikut rosak. Buka satu dua kes yang wak jumpa berlaku kerosakkan pada harddisk bila pengguna still nak paksa guna, tak leh tahan...gian nk menekan keyboard. :P

Angaran kos untuk service masalah cam gini laptop biasanya paling mahal pun rm80 hinggit. Kalau desktop mungkin murah skit, sbb nk bukak dia tak la cerewet sangat cam laptop, kena lak jenis yang byk screw, waduhhh.. kok bukanya senang bangat, pasangnya lupa bangat..hahahhaaa

Kalau korang bleh bukak sendiri, korang boleh service sendiri. Untuk komputer jenis desktop ni mudah bangat bukaknya. Tapi jangan lupa dong, Plug nya harus dicabut, wak takut, board tak der ape2, tetiba korang yang berasap. :P

Cer korang cuba tengok gambar dibawah ni, waduh...dekat satu kilo punya habuk, kalau la habuk2 ni jenis emas, kayo wak. :P


Ni model Dell Optiplex, waduh kekadang menyampah gak layan desktop Dell, Tengok kualiti board mmg tahap bleh tunjuk ibu jari, tapi bab penyakit dia, benci bangat wak.


 Sekali pandang cam dok padang pasir lak, nasib baik bernyawa lagi board ni, wak lupa cpu model apa. Itu ngak penting, yang pernting apa yg wak nak bagitahu perkara2 yg berkaitan cam gini.
Untuk proses yg simple ni sebenarnya sebelum melarat korang bleh service sendiri, cuma bila dah melarat tu, takut ada part lain yang terbabit, mungkin nak selesaikan sendiri pun masalah la jugak.

At Least 3,4 bulan sekali korang bukak tangok isi perut dlm cpu desktop korang, kekdang tak perlu bukak semua sekali, boleh guna mini vacum utk keta cam dlm gambar ni, atau vacum biasa kat rumah tu, cuma set jangan la kuat sangat.. tapi klau kuat sangat pun jgn risau, x tercabut punya komponen2 tu. Tapi kena hati2 supaya tak terkena hentakkan cara langsung pada part2 yg lain..

Guna berus cat saiz yg sedang tu pun boleh, Ala..keta korang pun korang sangup cuci tiap2 minggu, apo salohnya korang cuci dalam cpu desktop korang sekurang2nya 3 atau 4 bulan sekali, Naper? Sbb desktop x leh wat jalan2, tayang2 kliling kg dan bandar spaya org nampak berkilat ker? ahhahaa..

Lau korang sayangkan komputer korang yg selalu dok guna tiap2 ari cam korang guna keta korang tu, apo salohnya, tapi wak tak paksa, sukati korang la, wak cuma pesan jer, lau rosak, ado r income wak..hahaha
Jangan risau, rezeki tu Allah dh tetapkan untuk setiap hambanya, Jadi wak tak rasa rezeki wak tergugat pun bila wak share bab2 gini.

Desktop cpu tak banyak berlaku kes mcm ni berbanding laptop, netbook dan yang sama waktu dengannya.
Memandangkan ruang aliran udara untuk desktop ni lebih luas dan besar berbanding laptop atau ntebook ni, Boleh dikatakan 8/10 terjadinya masalah off tiba2 ni berlaku pada laptop. Ini kerana ruang aliran udara terhad. Ditambah pula sistem binaan badan laptop tersebut, adakalanya binaan dan rekabentuk serta susun atur sistem penyejuk seperti kipas contoh dibina pada tahap ala kadar. Janji pengeluar dapat untung, masuk kantung.

Bukan wak nak kata sangat, tapi memang nyata sangat, mentang2 la netbook tu diagihkan secara percuma, bagi free pada pelajar sekolah, Netbook 1 Malaysia adalah antara binaan paling banggang yg wak pikir adalah Model Great Wall dan NewCore. Model dia hampir sama ngan CreativIV, dari pada pandangan luaran, binaan seperti dibuat semula dari acuan CreativIV.

Kot yer pun nak bagi free, biar lah ikhlas, jangan dook kaut untung dari gomen jer..
Selama 25 tahun wak kerja bab2 pengeluaran, sampai tahap drop test sesuatu produk untuk pasaran dalam dan luar negara, sedikit sebanyak kerja wak ada kena mengena dengan reka cipta bentuk dan ketahanan.

Netobook 1Malaysia GreatWall

Korang tengok kedudukan sistem penyejuk atau kedudukan kipas tersebut, Kipas tu dibina dalam acuan yg tertutup, Jika dilihat secara dekat, Yang terbuka sepertimana korang nampak bahgian atas kipas tu jer, tak seperti kebanyakkan sistem dalam netbook2 yang lain, ada ruang udara dari dasar perumah atau housing netbook tersebut, Dalam kepala otak wak, kipas ni mcm hiasan jer kat dalam tu.
Apa yg kipas ni sedut dan ape yg ditolak keluar wak tak tahu, tapi model ni paling banyak berlaku kes kritikal sehingga menyebabkan hardisk tu rosak. Korang tengok ler pada paparan screen. Asal netbook ni dah x boleh on, tapi kerana sedikit usaha, akhirnya dapat hidup, sayangnya hardisk dia dah rosak kerana kepanasan yang keterlaluan. Kesian org2 kg, mengharapkan anak2 mereka celik IT, tapi gini lak jadinya.
Alah..biarkan lah..barang free. Nak wat camno..
Memang wak tak nafikan pakcik tu dapat free, tapi satu jangan lupa, Berapa banyak depa claim ngan kerajaan dari hasil kerja sambil lewa dia org.? Dan dari mana hasil kerajaan bayar dia org untuk suply netbook ni sumer?
Pada yang mampu mungkin xder hal la kan, tapi pernah ker kita rasai ape yang mereka rasai?
Lihatlah wajah kesedihan anak2 kita untuk memiliki sesuatu sedangkan org lain yang x mampu..

Bukan wak nak kondem pengeluar netobook ni, tapi ini hakikat.
Sistem penyejuk tidak memberikan apa2 kesan walaupun ada aluminum tahap kualiti yang rendah berbanding kualiti periuk nasik.

Netbook 1Malaysia NewCore

Korang peratikan Motherboard dua gambar diatas ni, Yang atas pertama tu adalah GreatWall, dan atas ni pula NewCore, Apa beza? Nama jer beza, Motherboard sama dan kedudukan plate aluminum serta kipas tu pun sama. Tapi apa yang wak boleh lakukan ubah suai sistem penyejuk tu upaya kipas tu tarik keluar udara panas tu keluar. Wak pecahkan acuan utk kipas tu supaya ruang udara dapat alir keluar udara panasa dari plate heat sink tu, Wak stabilkan putaran kipas dengan menambah elektrik kapacitor supaya arus lebih stabil, Alhamdulillah, selepas uji ketahan, dengan pengubahsuaian sistem penyejuk ni, wak on netbook ni, set kepada Never Sleep mode pada power option pada selama 24jam. Biarkan semalam, pada keesookan harinya suhu dia still stable, Masih pada suhu bilik. Kalau tak salah wak, dah hampir 5 bulan kastmer tu amik dan dia tidak ada lagi masalah off sndiri berlaku.

Selain dari masalah diatas, ini pula yang berlaku pada laptop.


Apa yang korang nampak?
Habuk melekat pada kipas?
Kipas masih boleh berputar dan berpusing kalau banyak habuk yang melekat, walaupun putaran agak slow.
tetapi cuba lihat gambar dibawah.


Korang nampak apa yang wak nampak?
Mungkin span tilam, atau juga span kusyen, mungkin gak bulu2 kain dan yang sama waktu dengannya.

Wak percaya, kebanyakkan anak dara suka bila guna laptop dok atas tilam, meniarap layan pesbook..hahahaa, tapi ada gak yg x suka dok atau letak atas tilam, ada tempat khas untuk letak laptop, mungkin meja yang sesuai, cuma beralas jenis kain..aaaaa, itu yang tak sesuai sebenarnya, apa lagi dok guna laptop ni atas tilam, Malas wak nak amik gambar bawah microscope, Bukan ape, Zoom bawah microscope sebanyak 20x, rupa nyamuk cam raksasa, apo lai nak zoom benda2 gini, Silap2 leh jumpa hama sekali tengok cam kutu khinzir..ahahahaa..just joking :P

Bukan wak nak fokus bab hama atau kutu khinzir tu, tapi bab sisa2 habuk kain, span tilam ni punya aliran udara tersumbat. Bila keadaan ini berlaku, kipas tu tetap berpusing, tapi tiupan angin akan berpatah balik masuk keruangan mother board. bukan angin keluar. Jadi sekali sekala, uji tiupan angin yang keluar ni guna tisu ada benda2 yang lembut lain, sekurang2nya korang nampak angin tiup tisu tu atau pae2 yang korang gunakan pada ruang tepi yang terbuka kawasan lubang udara tu. Jangan sekadar dengar jer kipas tu berpusing, atau korang bleh rasa dengan tapak tangan korang tu ada udara panas bertiup keluar.
Salah satu cara untuk memastikan ianya tidak tersumbat.


Apa yang wak koangsikan disini sebagai langkah2 yang perlu korang ambil perhatian sekiranya korang sayang apa yang korang miliki, hargai semasa ia ada, dan jangan sesali sekiranya anda kehilangannya.
Kata org, mencegah itu lebih baik dari mengubati..
Cewahhh..pandai sangat wak nasihat org kan..hahahaa

Anyway, terpulanglah pada korang, Kekdang wak rasa janggal untuk menasihati org lain kerana diri wak penuh dengan kelemahan, tetapi sekurang2 ape yang wak share dan kongsikan disini untuk langkah2 penjimatan yg mungkin hanya berguna buat diri wak, dan mungkin juga anda.

Semua yang baik itu datang dariNYA..kebanyakkan yg buruk itu hanyalah dari diri kita, sepertimana sampah yang terkumpul dirumah kita itu, sebenarnya kita yang bawak balik, cuma antara kita sedar amhupun tidak, apa lagi sesudah kita kekenyangan. :P

Tak gitu? Hahhaaa..

Salam Sayang dari Wak..
Chakkkk Muahhh Muahhh Syoshhhh Syoshhhh.


2 comments:

  1. 1xbet korean bitcoin betting tips | Best odds for today
    1xbet korean bitcoin betting tips; 1xbet korean bitcoin betting tips; 1xbet korean 1xbet bitcoin betting youtube to mp3 tips; 1xbet korean bitcoin betting tips; 바카라사이트 1xbet korean bitcoin

    ReplyDelete
  2. Lucky Club | Play the Best Casino Site For Live Casino Games
    Lucky Club is an online casino where people can play for real money and prizes for a chance to win the BIG jackpots. Read luckyclub more about the rules here.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...