Tuesday, October 1, 2013

How To Repair Laptop Hinge Base Screw Broken.

Salam sejahtera...
Yeahh..i'm back..

Perkongsian kali ini mengenai cara² untuk membaiki tapak screw yang patah, pecah dan sama waktu dengannya. Pada perkongsian ini saya tunjukkan bahagian yang paling kritikal, yang bahagian² lain tu cara dia lebih kurang jer, Tapi bahagian Hinge atau penyangkut/Pemeggang LCD Screen ni kira kritikal sikit, sebab bahagian yang selalu berpusing. Angaran 90°~125°. Mungkin ada yang lebih.
Pergerakkan berlaku setiap kali kita buka dan tutup..

Banyak cara macamana nak perbaiki benda ni, Tapi wak wat ikut cara wak acuan orang Malaysia.
Peralatan dan raw meterial (Bahan Mentah) yg senang didapati. Dan apa bahan yang wak gunakan boleh didapati dikedai Hardware atau pasaraya berdekatan tempat korang.



Sebelum saya teruskan ke langkah2 bagaimana membaik pulih tapak secre untuk hinge Screen ni, suka cita wak ingin kongsikan sedikit teori wak kenapa permasalahan ini berlaku. Tidak semua keadan benda seperti yang wak maksudkan ini disebabkan oleh kerana laptop anda jatuh.

Terlebih dahulu cuba tengok gambar dibawah ni.


Fokus pada Nut pada hinge didalam gambar diatas.
Kebanyakkan Nut direka perlu mengikut putaran arah jam untuk mengetatkannya. Dan lawan arah pergerakkan jam untuk membukanya. So disini, Secara logik bila anda membuka Scree laaptop anda, Maka keadaan pergerakkan itu seperti mengikut arah jam, Lihat Anak panah bewarna biru, dan pergerakkan Nut seperti digambarkan pada anak panah warna merah.

Pada peringkatan awal anda beli laptop ni, mungkin kerana keadaan masih baru, dan grease atau minyak yang disapu pada sendi2 hinge ni berfungsi dengan baik tanpa menarik atau membuatkan Nut ikut serta berputar semasa anda membuka paparan screen. Tetapi sekiranya jangka masa anda guna mungkin lebih pada satu tahun, dan bergantung kepada iklim peredaran suhu dan cuaca semasa, memungkinkan minyak atau grease yang disapu pada proses semasa pengeluaran oleh pengilang mungkin menyebabkan ianya kering, Lebih2 lagi jika anda berada dilokasi berhampiran pantai, Kerana bagi saya udara yang terhasil di persisiran pantai mengandungi sebatian garam yang lebih tinggi berbanding kawasan yang akan jauh dari persisir pantai.

Bunyi cam tak logik, tugas2 wak semasa kerje kuli di sebuah syarikat pengeluaran produk2 electronik yang membuatkan diri wak terikut2 dengan apa yang wak kaji dan pelajari. Dan pernah satu ketika wak nak benggang sangat ngan Manager tu, wak amik peluang hempas betul2 produk yang harganya USD5K semasa proses penyelidikan DROP TEST bagi proses packing..Hahahahahaa. Korang tahu produk apa?
Kalau korang biasa dok ulang alik Airport tu, kuar masuk negara, Alat untuk kesan senjata yang korang dok lalu, lau ada syiling 20sen pun dia bunyi, apo lagi bila korang bawak mesingun lalu ikut mesin tu, Tapi mesin tu tetap ado kelemahan dia, jangan paksa wak bagitahu apo kelomahan dio. Nanti bertamboh penyagak masuk lam negaro kito. Dan lah yang sedia ado dalam negaro pun siap main baling bom lg. :P

Dan tahu kerje Manger tu buat kerje Manager, Jangan dok bangkang criteria kerja wak, Lau tak wat per korang bayar gaji wak untuk wat semua tu. Produk2 tu semua wak kena pack dan sediakan mengikut negara serta iklim sesebuah negara. So jgn ler kerana awak sebagai Manager nak ajar wak kat negara Padang Pasir tu bersalju plak. Mungkin depa jeles kot ngan wak sbb MD asik puji wak jer...hahahahaaa

So, dari pengalaman kerja2 lama wak buat wak sentiasa meneliti dari pelbagai sudut dan angle setiap bentuk part. Berat dan tekanan, kesan hentakkan dan bebanan. Apa blog ni kira wak kongsikan sedikit sebanyak apa yang pelajari. Biarpun korang bosan nak baca, tapi ini adalah cara wak. Suka berintraksi dalam perlbagai cerita untuk sampai pada fokus sebenar, tujuannya supaya anda bukan hanya tahu bagaimana melakukannya, tapi memahami dengan jelas walaupun ada selingan, Bukan ape, wak tengok ceramah UIA, dan kkdang Ustaz Kazim Ilias tu, sambil2 ceramah, dia wat joke gak, tapi wak tak layak jadi Ustaz, maklum la, Wak kantoi SMU(A). :P

Ok, berbalik semula pada nut hinge tadi, bila nut tu berkarat, kebanyakkan wak nampak pusingan dia mesti ikut arah jam, so, dalam keadaan ni, nut tu menjadi semakin ketat, nah, inilah puncanya, tanpa mengetahui situasi nut tersebut semakin ketat, apa yg pengguna hadapi proses untuk bukak paparan screen jadi berat, dan bila dipaksa, maka keadaan ini akan menyebabkan screw tertarik keluar dari tapak acuan, Klau ikutkan bukan kuat pun pemasangan screw base tu, Pemasangan asal dikilang cuma secara press atau tekan masuk ketika tapak screw yang warna tembaga tu dalam keadaan panas. Jadi gam semula jadi dari pengecutan plastik perumah. (Housing/Casing). Semasa masih baru, memang la torque screw melepasi tahap 3kg bebanan secara pusing. Kalau untuk pemasangan screw board ke perumah ni plak minima 2.5kg bebanan.
Bukan boleh main suka2 screw jer toqq..

Engko ni asal nampak lubang screw jer, mai hentam jer la ek, waduh..ngak boleh gitu, Jika kedudukan lubang screw tu ada 6 lubang, kedudukan 2 baris, dan setiap baris ada 3 lubang, tu pun ada cara turutan mana perlu ketatkan dulu, Supaya board tidak melengkung atau bengkok, jangan dok suka2 paksa toqq, bengkok main board, tak pasal2 board tu okey, tetiba boleh tak hidup.

Lebih kurang cam gambar bawah tu, aturan dia, penat wat wat drawing cam bodoh jer guna microsoft excel, Nak guna Autocad tak reti, apo lai jenis 3D drawing yang lain..
Yang penting janji korang boleh paham.


Ok, sambung semula proses berikutnya.
Apa bahan2 yang diperlukan selain dari alatan screw driver untuk bukak laptop korang tu,
1- Super Glue. Gam cap gajah pun boleh guna gak, sbb untuk lekatkan sementara jer, takkan korang nak pegang tapak screw tu sepanjang masa selagi epoxy sebetulnya disapu memgeras. Tak guna langsung atau nak terus guna epoxy 3 ton tu terus pun takder masalah, cuma masa proses mengeras ni risau kot2 tapak screw tu ikut bergerak, dan kedudukan dengan tapak hinge tak tepat,
2- 3 Ton Metal Epoxy. (Hardner + Resin).
*Yang 2 Ton pun boleh gak, tapi tak berapa kuat sangat, sbb wak dah guna sebelum ni.
Korang tahu epoxy ni sebenarnya untuk gam apo? Aa...jangan terpanjat lak, kalau tak salah wak, epoxy ni pomen guna untuk gam Enjin keta atau lori. Iyer ker toqq?

Epoxy 3 Ton ni korang leh beli kat kedai Hardware, Sobab wak rasa kat kedai Hardware jauh lebih murah dari Pasarayo, Lau la kedai kat stesen minyok tu jual benda alah ni, kompom jauh lebih mahai dari pasarayo, Mentang2 r jual minyok, harga jajan kegemaran wak engko jual ngalahkan hargo minyok seliter. Takder lak pegawai2 berkenaan amik kisoh hargo kat kedai Select meka ni kam, mungkin wak jakun dok tahu akta2 jualan kek stesen minyok, Huk aloh...



Opsss...lupa lak, biasanya tapak screw asal ni mesti ada kat dalam perumah laptop tu, so..jgn dok buang lak, benda ni wak tak pasti la ada jual ker xder, yang pasti, housing2 lama wak simpan walaupun tahap dah reput, so, lau laptop tu xder tapak untuk screw, bleh la amik dari body lama, Lau buang atau jual kira kilo, kompom setengah lori lum tentu wak dapet rm50 hinggit, tapi lau kena gaya, berapa hinggit leh dapat untuk tapak secrew dua bijik cam kat gambar bawah ni?

Sebenarnya tapak untuk screw ni kebanyakkan hampir sama saiz, cuma ada sesetengah bahagian tu mungkin lebih kecil atau lebih besar, tapi setakat ni kalau bahagian hinge tu kebanyakkannya sama, beza cuma tiang untuk tapak screw nni, mungkin ada yang panjang dan pendek, tapi itu bukan satu masalah, kerana cara membaik pulih hampir sama.







Apa yang anda kena perhatikan, tentang bagaimana bentuk tapak pemeggang yg terdapat pada hinge, kedudukan tapak screw dan bentuk tapak hinge tersebut.
Untuk perkongsian ini, model yang saya buat jenis Lenovo G470, ketinggian tiang asal dari permukaan perumah lebih kurang 10mm.



Tapak screw asal yang pecah dan membuatkan tapak screw jenis tembaga tu tertanggal.











Pada peringkat awal, saya memasang screw pada tapak screw tersebut, bagi memastikan glue atau epoxy tidak menutupi lubang yang terdapat padanya, Dan memudahkan anda guna menentukan ketepatan kedudukan tapak screw beserta screwnya. Dan pusingan pemasangan hingga anda boleh nampak hujung screw serata dengan lubang tapak screw, tujuannya untuk mengelakkan epoxy masuk dari bahagian bawah, dan sekiranya ini berlaku, pemasangan screw akan kelihatan tergantung atau tidak rapat memandangkan screw telah rapat pada epoxy yang berlebihan masuk melalui lubang bawah tapak screw tersebut.

Lihat gambar dibawah, bagaimana saya menyapu Super glue pada peringkat awalan untuk memeggang tapak screw tersebut untuk sementara,

Bagi saya super glue tidak memerlukan masa yang lama untuk mengeras, dan anda tak perlu sapu atau titik super glue sehingga memenuhi lubang tapak asal, cukup sekadar bergantung pada saiz tapak screw, da pastikan ketinggian mengikut ketinggian asal tiang. Pada peringkat awalan mungkin sedikit tekanan nak control kerja2 ni,

Ok, dalam masa menunggu super glue mengeras.
Anda boleh bancuh Epoxy 3 Ton ni, itu pun kalau korang guna jenis yang sama, Jenis Metal, bunyi mcm tak sesuaikan dengan plastik, Tapi jangan risau, wak pernah uji tahap kekuatan semasa wak tarik screw ni selepas epoxy betul2 keras, melebihi 5kg, Wow..not bad huh.. :P

Kalau tak betul kenapa wak nak share..


Tapi kena ingat, bancuhan epoxy ni mesti sesuai, Biasa ratio 1.0 x 1.0, Emmm..wak main agak jer, Asal penyek tiub epoxy warna hitam tu kuar, yang warna jernih (Hardner) tu kurangkan sikit dari jumlah epoxy Jenis Resin warna hitam tu, Masa wak kuli dulu, benda cam ni kena timbang toqq, X boleh lebih tak boleh kurang, tapi part reject gak...hahahahaaa... bancuhan dalam satu tiub tu ntah betui ker tidak..so wak main agak jer,

Lagi satu, alas korang nak penyek tu suka ati la guna alas apa, tapi sebolehnya biar bebas habuk,
Aiseyy..wak alas guna Cd Rosak jer..


Pastu Wak Kacau dan kacau dan kacau sehingga nampak sebati antara dua jenis epoxy ni.
Wak guna Satey Stick untuk kacau epoxy, korang leh  guna apo saja yang korang nak guna, Baik sudu atau pun senduk pun boleh..Hahahaha
Aiseyy..why so serius toqq..
Engko cuma ponat nok baca, wak lagi r ponat nak naip ni.
Sabar toqq, kita sambung proses seterusnya..

Ok, tang ni korang jangan dok gigil jer jari dan tangan tu, Ini kira seni gak ni, kalau jari dan tangan jenis keras, boleh senget tapak screw yang lekat untuk sementara tu, so, kena hati..
Wak uji jap kedudukan screw yang guna untuk tetapan sementara ni..
Lau tak gerak baru boleh tenyeh masuk epoxy tu..



Okey, wak dah usik sikit2, dia leh bertahan..now we go to next step.

Apo lai..sumbat la epoxy 3 ton tu,
Kat sini wak nak bagitahu dan ingatkan, Korang jangan lupa bentuk tapak hinge tu macamana, kalau laptop korang jenis tapak yang punya bentuk rata jer, tak bengkok macamana model yang wak buat ni tak perlu risau sangat, tapi model yang wak buat ni, ada bentuk bengkok pada kedua2 hujungnya. Cer tengok semula gambar tapak hinge yang wak paste kat atas tu. Peraturan ni adalah penting.

Kalau ikut pada aturan dan arahan yang tertera pada tiub Epoxy 3 Ton dia, epoxy boleh keras hanaya untuk beberapa minit, dari segi keras macamana pengilang epoxy ni uji wak tak pasti, cuma wak nak pastikan untuk model ni, wak kena set jangka masa 45 minit selepas menyapu epoxy 3 ton ni untuk pembentukkan bahagian tapak hinge yang bengkok pada kedua2 hujungnya.
So sementara ni wak sapu jer dulu epoxy 3 ton ni, Dan anda tak perlu ikut bentuk tiang tu, nak cantik seperti asal, Tak perlu toqq, selagi ada ruang untuk sapu epoxy dan tak menganggu kedudukan part2 yang lain, korang sapu jer, ini untuk memastikan keluasan kawasan sapauan epoxy tu akan lebih mengukuhkan lagi peganggan antara tapak screw dan body perumah tersebut.



Selepas 20 minit kemudian wak buka screw bagi meratakan keselurahan epoxy, biar epoxy tersebut menutup permukaan tapak screw tetapi jangan memasuki lubang tapak screw. Ingat tu..

   
Selepas angaran jangkamasa 45 minit dari sapuan pertama tadi, waktu kepekatan epoxy hampir mengeras, maka disaat ini saya masukkan tapak hinge untuk membuat bentuk bagi bahagian hujung yang bengkok tersebut, kerana disaat epoxy masih cair, untuk buat ruang bagi hujung yang bengkok tu mendatangkan banyak kemungkinan. Maka sebab itu saya tetapkan disaat kelikatan epoxy tahap sederhana.

So, lihat gambar kat bawah ni, wak nak jelaskan secara bahasa buku pun wak tak berapa reti sangat, sekurang2nya korang paham berpandukan gambar2.


Sekiranya pada peringkat ini korang lupa, Wak tak jamin sekiranya proses mengorek lubang untuk tapak hinge tu boleh menyebabkan bahagian lain yang tebus atau patah. :P
Sebab tu wak kata, ada kerja tu ada peraturan, walaupun korang kerja buat untuk barangan sendiri, apa lagi kalau buat barangan milik orang lain, customer khasnya. Disiplin dalam kerja tu jangan wat endah tak endah, bab engko nak poi kerje kul waper cam wak ni lain r citer, tapi bab jaga harta orang ni, kena titik berat. Sbb ini adalah sebahagian daripada AMANAH yang dipertanggung jawab pada diri korang.

Tapi klau wat untuk barangan sendiri, kok kata tembus semasa engko menebuk untuk tapak tu, kira pejam mata la ek..hahahahahaa, jangan salahkan wak..

Okey, selesai sudah proses untuk pembaikan, so, jangan gelojoh..biarkan epoxy ni kering pada suhu bilik sekurang2nya 12jam, tapi biasa wak biarkan semalaman, Keesokan harinya baru wak pasang.

Jangan risau, sekiranya ratio bancuhan secara angaran tu betul, memang dia melekat kuat berbanding yang asal dia, dan lagi satu jika ada lebihan bancuhan epoxy tu, sapukan sekali pada tapak2 screw yang lainnya, walaupun tapak tersebut masih elok, bukan apa, untuk memastikan lebih tahan. Paling tidak pun tak berlaku masalah yang sama pada tempat yang berlainan.

Untuk pengetahuan korang, wak cuma modal rm10 untuk beli 2 jenis epoxy tersebut, Rm8.00 untuk 3 Ton Epoxy yang sememangnya dalam pack Resin + Hardner, dan Rm2 untuk super glue Wak beli kat kdai 2 hingit toqq.

Jadi apa yang wak ajar dan tunjukkan kat sini selain daripada sumber pengetahuan fokus utama adalah dari segi penjimatan.

Nak cuba atau sebaliknya, bergantung pada korang sendiri,

Okey lah, setakat ini saja untuk kali ini.

See You..
Chakkk Muahhhh Muahhh Syoshhhhh Syoshhhhh

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...